Kelapa Sawit

 



    Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai tanaman kelapa sawit. Apa itu kelapa sawit? Pasti ramai yang sudah mengetahui tanaman ini, namun tidak mengenali tanaman ini dengan lebih mendalam. Jadi, tanaman kelapa sawit ini boleh dikatakan sebagai tanaman utama di Malaysia. Menurut keratan media, seluas 5.2 juta hektar daripada 5.9 juta hektar kawasan yang ditanam sawit di Malaysia telah direkodkan memperoleh sijil MSPO (Pensijilan Minyak Sawit Mampan) sehingga 31 Disember 2020. Manakala, bagi pekebun kecil di bawah FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi kerajaan negeri pula telah mencapai keluasan sebanyak 671,583.90 hektar tanaman sawit. 
    Kelapa sawit terdiri daripada dua jenis iaitu Arecaceae atau Famili Palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit jenis yang pertama ialah kelapa sawit Afrika iaitu Elaeis Guineesis yang berasasl daripada Afrika Barat, manakala kelapa sawit jenis kedua dikenali sebagai kelapa sawit Amerika iaitu Elaeis Oleifera yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Namun demikian, kelapa sawit Afrika merupakan tanaman jenis sawit yang paling banyak ditemui di negara Malaysia dan Indonesia. Hal ini dikatakan demikian kerana, industri sawit Malaysia dan Indonesia bermula apabila empat anak benih dari Afrika ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia pada tahun 1848. Benih tersebut kemudian ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di Deli, Sumatera pada tahun 1870-an dan di Rantau Panjang, Kuala Selangor pada tahun 1911 sehingga 1912. Oleh itu, perkembangan industri ini secara tidak langsung telah menyebabkan aktiviti pembiakan benih dan penanaman pokok kelapa sawit semakin meluas di negara tersebut sehingga kini. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Puisi Haiku

Buruh Ladang

Jeritan Hati