ABDULRAZAK GURNAH


 

    Pertama kali saya mendengar nama Abdulrazak Gurnah, apabila saya sedang membaca bahan bacaan yang diberikan oleh pensyarah saya iaitu Dr. Mawar Safei. Pada mulanya, saya tidak mengenali siapakah beliau? Apakah kehebatan Abdulrazak Gurnah ini? Namun, setelah habis membaca bahan bacaan tersebut dan mencari maklumat dengan lebih mendalam mengenai diri beliau, Abdulrazak Gurnah merupakan satu nama besar yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan. Beliau merupakan seorang penulis Tanzania yang telah memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan tahun 2021.

    Seterusnya, perkara yang membuatkan saya tertarik mengenai Abdulrazak Gurnah ialah karyanya yang begitu hebat dan berbeza dengan sasterawan yang lain. Beliau telah mengangkat isu pelarian dalam naskhah yang dihasilkan olehnya.  Seiring dengan hobinya yang suka menulis sejak dibangku sekolah lagi, Abdulrazak Gurnah sangat rajin dalam membuat catatan tentang kepahitan hidup beliau semasa di negara Zanzibar. Pada tahun 1964, negara Zanzibar telah menjalani revolusi di mana rakyat asal arab dianiaya. Gurnah terpaksa melarikan diri ke negara England ketika berusia 18 tahun. Kemudian, ketika usianya mencecah 21 tahun, beliau mula menulis cerpen dalam bahasa Inggeris tentang tekanan beliau sebagai pelarian dalam novel pertamanya iaitu Memory of Departure.

    Selain itu, Abdulrazak Gurnah juga diklafikasikan sebagai pelajar pintar. Semasa Abdulrazak Gurnah migrasi ke England pada tahun 1968, beliau telah mendapat kemudahan mengikuti pendidikan bahasa Inggeris, berkenalan dengan teks Shakespeare sehingga menarik minat beliau dengan keilmuan pascakolonialisme. Beliau juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti serta mempelajari ilmu sastera pascamoden dan teori-teori sastera pascakolonialisme. Ketika beliau menjadi seorang pensyarah sastera pascakolonial pula, beliau mula menulis esei wacana mengenai sastera kolonialisme Afrika, dan kritikan pascakolonialisme kontemporari terhadap teks Salman Rushdie, Zoe Wicomb dan V.S.Naipaul dan pengarang-pengarang lainnya.

    Begitulah serba sedikit latar belakang mengenai Abdulrazak Gurnah dan perjalanan hidupnya sehingga menjadi seorang pengarang novelis yang terkenal. Saya amat kagum dengan kecekapan pemikiran kritis dan kreatif beliau dalam merakamkan segala suka duka kehidupannya dalam sebuah karya. Hal ini dapat memberikan kesan kepada pembaca untuk merasai dan menjiwai watak yang ditulis dalam karyanya. Di samping itu, karya beliau juga mampu membuka mata dan memberikan pengajaran kepada pembaca daripada sejarah hitam yang pernah dilalui olehnya.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Puisi Haiku

Buruh Ladang

Jeritan Hati