Pada zaman ini, masih adakah belia yang ingin bekerja sebagai buruh ladang? Sudah tentu belia kini kurang meminati pekerjaan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, perkerjaan tersebut dianggap sebagai pekerjaan 3D iaitu dirty (kotor), difficult (sukar) dan dangerous (bahaya). Bahkan, terdapat juga segelintir masyarakat menyifatkan pekerjaan ladang hanya mampu merendahkan maruah mereka. Oleh hal yang demikian, belia kini berasa malu untuk bekerja sebagai buruh kerana menganggap pekerjaan tersebut tidak mempunyai masa hadapan yang cerah. Hal ini juga menjadi punca kepada peningkatan kadar bilangan pekerja asing dan pengangguran masyarakat tempatan di negara kita kerana sifat mereka yang suka memilih pekerjaan. https://www.kosmo.com.my/2021/09/16/ksm-peka-kekurangan-pekerja-sektor-perladangan/
Ulasan
Catat Ulasan