Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2021

Aku Berdiri Sendiri

Imej
  Diri Aku berdiri sendiri Tanpa angan untuk duduk Sesudah lelah   Aku berdiri sendiri Tanpa keinginan untuk melangkah Sesudah hampa   Aku berdiri sendiri Tanpa inginkan silauan cahaya Sesudah berharap   Aku berdiri sendiri Tanpa ukiran senyum tawa Sesudah jatuh   Aku berdiri sendiri Tanpa lupa Allah di hati Sesudah sujud

Puisi Haiku

Imej
Gerimis Menerpa Titisan hujan Terjah jatuh ke bumi Basahi alam   Riang senyuman Menyaksikan gerimis Indah sekali   Hujan menerpa Membawa kerinduan Berbalut doa Suara pilu Luka terbasuh hujan Rindu menebal Menatap langit Awan hitam mendatang Hidupkan mimpi

Jeritan Hati

JERITAN HATI Wahai hati Ku jagamu Ku lindungmu Ku usap selalu Agar kau nikmati nyaman Dalam dakapan rapuhku   Namun Mengapa dirimu masih ketakutan Mengapa dirimu masih membisu Adakah aku terlalu menyiksamu Dengan luka dan kecewa saban hari Kejamkah aku   Wahai hati Lelahmu adalah penatku Resahmu adalah gusarku Dukamu adalah tangisku Namun, jika bahagiamu Selamatlah aku   Jeritlah wahai hati Sedang mereka berpura mendengar Akan ku tunggu sudi menadah Biarpun sejuta serpihan pekikan Akan ku rawat menjadi parutku

Buruh Ladang

Imej
     Pada zaman ini, masih adakah belia yang ingin bekerja sebagai buruh ladang? Sudah tentu belia kini kurang meminati pekerjaan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, perkerjaan tersebut dianggap sebagai pekerjaan 3D iaitu dirty (kotor), difficult (sukar) dan dangerous (bahaya). Bahkan, terdapat juga segelintir masyarakat menyifatkan pekerjaan ladang hanya mampu merendahkan maruah mereka. Oleh hal yang demikian, belia kini berasa malu untuk bekerja sebagai buruh kerana menganggap pekerjaan tersebut tidak mempunyai masa hadapan yang cerah. Hal ini juga menjadi punca kepada peningkatan kadar bilangan pekerja asing dan pengangguran masyarakat tempatan di negara kita kerana sifat mereka yang suka memilih pekerjaan. https://www.kosmo.com.my/2021/09/16/ksm-peka-kekurangan-pekerja-sektor-perladangan/