Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

Belajar Untuk Bersyukur

Imej
  Berilah peluang kepada diri kita untuk merasai kebahagiaan. Meskipun tidak sama seperti orang lain, berbahagialah dengan caramu tersendiri. Sekiranya kita sentiasa bersyukur, segalanya akan menjadi mudah dan menjamin kehidupan kita yang lebih sejahtera. 

Sahabat Manusia Pilihan Ilahi.

Imej
  Sahabat, Ketika hujan lebat digeruni petir menyambar, Engkau hadir bersama payung yang besar, Menarik diri aku untuk berteduh, Menyembuhkan setiap luka kalbu.   Tidak perlu ungkapan rindu selalu, Tidak perlu jemari bertaut, Aku percaya engkau sentiasa berada di situ, Memerhati diri aku dari jauh.   Meski wajah tidak ditatap, Tangan pula tidak berjabat, Jiwa kita pasti melengkapi, Sedih, sunyi, canda, tawa kita lewati.   Dengan diri engkau sahabat, Begitu banyaknya kenangan, Kenangan yang membekas dalam perjalanan hidup kita, Aku tidak akan menghilangkan kenangan itu dari ingatan, Itulah bukti dan saksi persahabatan engkau dan aku. Sahabat, Terima kasih untuk segalanya, Tetapkanlah jalinan hubungan indah ini, Sebagaimana takdir Ilahi mempertemukan kita.

ABDULRAZAK GURNAH

Imej
      Pertama kali saya mendengar nama Abdulrazak Gurnah, apabila saya sedang membaca bahan bacaan yang diberikan oleh pensyarah saya iaitu Dr. Mawar Safei. Pada mulanya, saya tidak mengenali siapakah beliau? Apakah kehebatan Abdulrazak Gurnah ini? Namun, setelah habis membaca bahan bacaan tersebut dan mencari maklumat dengan lebih mendalam mengenai diri beliau, Abdulrazak Gurnah merupakan satu nama besar yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan. Beliau merupakan seorang penulis Tanzania yang telah memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan tahun 2021.      Seterusnya, perkara yang membuatkan saya tertarik mengenai Abdulrazak Gurnah ialah karyanya yang begitu hebat dan berbeza dengan sasterawan yang lain. Beliau telah mengangkat isu pelarian dalam naskhah yang dihasilkan olehnya.   Seiring dengan hobinya yang suka menulis sejak dibangku sekolah lagi, Abdulrazak Gurnah sangat rajin dalam membuat catatan tentang kepahitan hidup beliau semasa ...