Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

Kelapa Sawit

Imej
      Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai tanaman kelapa sawit. Apa itu kelapa sawit? Pasti ramai yang sudah mengetahui tanaman ini, namun tidak mengenali tanaman ini dengan lebih mendalam. Jadi, tanaman kelapa sawit ini boleh dikatakan sebagai tanaman utama di Malaysia. Menurut keratan media, seluas 5.2 juta hektar daripada 5.9 juta hektar kawasan yang ditanam sawit di Malaysia telah direkodkan memperoleh sijil MSPO (Pensijilan Minyak Sawit Mampan) sehingga 31 Disember 2020. Manakala, bagi pekebun kecil di bawah FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi kerajaan negeri pula telah mencapai keluasan sebanyak 671,583.90 hektar tanaman sawit.      Kelapa sawit terdiri daripada dua jenis iaitu Arecaceae  atau  Famili Palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit jenis yang pertama ialah kelapa sawit Afrika iaitu Elaeis Guineesis yang berasasl daripada...